HAKIKAT .
Dunia kita berbeza
Kau bersepatu emas
Sepatuku hanyalah kulit kaki yang semakin mengeras
Berlian langsung kau tidak hairan
Tetapi aku melihat pon belum berkesempatan
Ya, ada yang bilang semua manusia sama
Tetapi hakikat sebenarnya kita sangat berbeza
Berbeza dari pandangan sesama manusia juga
Berbeza dari perihal harta
Sehinggalah ke perihal kasta
Cuma di sisi Tuhan kita adalah sama
Tapi manusia tetap manusia
Manusia bukannya Tuhan
Yang bisa menentukan
Balasan kepada setiap insan
Kita tetap berbeza
Kita tetap berbeza
Terimalah hakikat wahai AKU
Jangan kau duduk berteleku di situ
Hanya kerana tidak sekufu
Jadikan ia pembakar semangatmu
Bangkit dan teruskan hidup supaya lebih maju.
Aaagichewww
Adios sayonara astalavista bebeh bye !
Comments
Post a Comment