Wednesday, October 30, 2013

Mama

Aku taktahu kalau mama takde nanti aku boleh hidup ke tak.

Semalam kepala abah kena kipas. Teruk jugak. Berjahit. Aku bawa gi hospital.

Tapi aku tido time tu.

Mama yang ada time abah kena. Mama yang kejut aku supaya aku cepat bangun hantar abah pegi hosp. Mama yang basuh darah kat kepala abah. Mama yg ikot abah masuk bilik doc. Sebab abah takboleh tengok darah. Nanti pengsan. Sebab tu aku pon macamtu. Ikot gen abah.

Aku dok dalam kereta. Satu, sebab takde parking. Dua, sebab memang pitam tengok darah.

Mama pon takboleh jugak tgk darah. Tapi mama relax tak tunjuk langsung. Mama ikot je abah. Mama tahan darah kat kepala abah. Tapi sampai kat dalam bilik kepala abah kena jahit tu doc tahan mama tak bagi masuk. Jahat lah doc tu. Hishh.

Mama tunggu sampai abah settled kena jahit. Aku buat steady je bila mama abah sampai kat kereta. Walhal aku da melalak dalam kereta. Siap pakai shades. Siapa tahan kan kalau cenggitu.

Aku pulak demam dah 2 hari sebenanya. Masuk 3 hari ni aku buat2 gagah pegi clinic sendiri. Pastu doc bagi surat suruh cek darah. Sebab sekarang musim dengue.

Ini lah part aku paling lemah. Aku balik mintak mama teman. Tengok mama lagi yang kena. Ya Allah apa lah aku nak buat kalau takde mama.

Mama tak cakap apa terus siap2 teman aku pergi hosp ambil darah. Alhamdullillah takde pape. Aku tengok mama yg lega.

Boleh ke aku jadi kuat macam mama ? Tu yang selalu aku fikir bila tengok mama.

Thanks mom for every single day that u spent and every single thing that you do for me and the entire family. Nothing in this whole world can beat my love to you or even replace you.

I LOVE YOU TO THE MOON AND BACK.